Thursday, October 31, 2019

PORTAL SEJARAH SPM SMK.ROMPIN 2020

Assalamualaikum wm.wbt & Salam Sejahtera.

Bagi menyahut cabaran pengurusan pendidikan masakini, saya terpanggil untuk menyediakan sebuah Blog yang boleh menjadi wadah kepada semua kakitangan guru dan pelajar khususnya warga SMK.Rompin dan juga para ibubapa agar mendapat maklumat jelas berkaitan semua aktiviti pdpc khususnya yang berkaitan pelaksanaan konsep eLEARNING bermula Tahun 2020.

Portal eLEARNING SEJARAH ini juga bermatlamat untuk menyebar luas semua kandungan dan sukatan pelajaran khas untuk pelajar Tingkatan 5 SMK ROMPIN 2020.  Ianya dibangunkan sebagai media tambahan kepada penggunaan GOOGLE CLASSROOM yang sedang digunapakai ketika ini khususnya dalam tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) bagi mengekang penularan virus COVID 19. Penggunaan PORTAL / BLOG ini juga dapat melancarkan usaha KPM untuk menggalakan Pembelajaran Kendiri pelajar.  Ketika ini, guru dianggap sebagai pembimbing.

Sekian harap maklum.

Hashimme Bin Omar, GURU SEJARAH SPM SMKR, merangkap
GPK Kokurikulum SMK. Rompin
26800 KUALA ROMPIN
Pahang.

PORTAL SEJARAH SPM SMK.ROMPIN 2020

Assalamualaikum wm.wbt & Salam Sejahtera. Bagi menyahut cabaran pengurusan pendidikan masakini, saya terpanggil untuk menyediakan sebu...